Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Tahun : 4 Masa :2 x 30 minit Aspek :Pengalaman Muzikal Item : 2.2 Permainan Alat Perkusi 2.2.2 Ber main alat perkusi secara muzikal - Kemahiran ber main alat perkusi ringan; dram getar; dram tenor. Hasil Pembelajaran :Di akhir pembelajaran ini murid dapat : memainkan corak irama yang menggunakan nilai not krocet dan minim dengan betul dari segi detik dan tekanan. Pengetahuan Sedia Ada :1. Murid telah mempelajari - Nilai not krocet dan minim - Lagu ‘Melawat Musim Menuai’ Aktiviti : 1. Mengulangkaji lagu ‘Melawat Musim Menuai’ 2. Mengulangkaji nilai not krocet dan minim. 3. Latihan menepuk nilai not krocet dan minim mengikut sebutan irama Perancis. i) Krocet - ta ii) Minim - ta-a 4. Latihan bermain dram mengikut nilai not yang diberi. i) Dram getar – krocet ii) Dram tenor – minim 5. Murid memainkan dram getar dan dram tenor mengikut detik dengan memberi tekanan pada detik pertama berpandukan skor perkusi. 6. Aktivit kumpulan: Kumpulan 1 – Dram Kumpulan 2 – Tik-tok dan kastanet Kumpulan 3 – Tamborin dan loceng Kumpulan 4 - Kerincing Kumpulan 5 – Nyanyian ( Aktiviti berkumpulan bertukar ganti ) 7. Penutup : Mendedahkan murid kepada alatan muzik taradisional dan moden. Bertukar idea cara menghargai muzik. Elemen Strategi : Kontekstual - Mengaplikasi Konstruktivis me - Seronok Bahan Bantu Mengajar : Kad imbasan, skor perkusi, alat perkusi |
Sunday, December 11, 2011
RPH 1
Saturday, December 10, 2011
Friday, December 9, 2011
KONSEP NYANYIAN & YOUTUBE(LAGU KANAK-KANAK)
P ENGENALAN
Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik KBSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:
a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari.
b) Fizikal - pengaw alan pernafasan dan mekanis ma vokal.
c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa.
d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula.
e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.
f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan.
g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian.
Subscribe to:
Posts (Atom)